Pengikut

Sabtu, 23 Julai 2011

SESI LDK INTAKE JUN 2011

Pada 21 Jun 2011, sebahagian daripada ahli PRS yang mempunyai kredit yang mencukupi telah dipilih bagi mengendalikan satu slot LDK bagi pelajar-pelajar baharu IPG KBM Ambilan Jun 2011. Seramai  19 oarng ahli PRS telah dipilih sebagai fasilitator dan dibantu oleh para pensyarah unit Bimbingan dan Kaunseling IPG KBM telah berjaya mengendalikan slot ini bersama 210 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari kursus PPISMP,KPLD dan KPLI. 

Aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang. Para pelajar baharu terlebih dahulu diberi sedikit taklimat oleh Puan Aisyah dan Encik Hanif selaku kaunselor IPG KBM. Kemudian para pelajar dikehendaki menyanyikan beberapa lagu yang telah disediakan oleh unit kaunseling dalam slot itu.

Kemudian, para pelajar baharu dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tersebut mempunyai seorang fasilitator. Setiap kumpulan diberi masa untuk melakukan aktiviti "Rantai Nama" bagi memperkanalkan diri serta mengenali ahli kumpulan masing-masing.

Seterusnya, fasilitator telah memberikan tugasan kepada kumpulan tersebut dimana setiap ahli dalam kumpulan tersebut dikehendaki menyelesaikan permasalahan yang diberikan melalui sebuah sketsa. 
antara permasalahan yang perklu diselesaikan ialah, senario pendaftaran pelajar baharu, masalah kecurian, masalah rakan sebilik yang kerap tidak menghadiri kuliah dan sebagainya. Para pelajar baharu diberikan masa untuk berbincang dan kemudianya melakonkan situasi-situasi tersebut.

Selepas waktu rehat, aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Logo Diri'. Aktiviti ini dilakukan mengikut kelas masing-masing. Dalam aktiviti ini, setiap ahli kelas diminta memilih satu benda maujud sebagai logo diri yang boleh dilambangkan sebagai "Guru Sebagai Pendidik Terbilang". Setiap ahli kelas perlu memberi hujah mengapa logo tersebut dipilih dan logo-logo tersebut diperdebatkan antara sesama ahli kumpulan. kemudian logo terbaik dipilih sebagai logo yang melambangkan kelas tersebut.

Semasa sesi perbentangan logo tersebut, para pelajar baharu ini juga perlu membuat trademark bagi kumpulan masing-masing. Kemudian logo tersebut dibentangkan dan diperdebatkan antara kumpulan-kumpulan lain. 

Selesai semua aktiviti, terdapat beberapa pelajar yang memberi respon terhadap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Slot berakhir dengan aktiviti bersalaman antara semua kakitangan yang terlibat. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan lancar dan sangat menarik malah para pelajar baharu memberi kerjasama yang sangat menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan slot ini.