Pengikut

Khamis, 19 Januari 2012

Perlantikan Jawatankuasa Baharu PRS sesi 2012

Tanggal 17 Januari 2012, PRS IPG KBM telah menjalankann mesyuarat Agung bagi perlantikan jawatankuasa baharu sesi 2012 dan secara rasminya jawatankuasa sesi 2011 terbubar dengan rasminya. Selamat berkhidmat bagi kesemua Jawatankuasa PRS IPG KBM 2012. TAHNIAH !!

Sabtu, 19 November 2011

PROGRAM MENTOR MENTEE (SK BANGSAR)

::16 JULAI 2011::
::SK BANGSAR::

Satu program kerjasama antara IPG KBM dan Sk Bangsar telah diadakan baru-baru ini. Seramai 38 ahli PRS telah terpilih bagi menyertai program ini. 

Sesi Pendaftaran

Perbincangan Mentor Mentee

Ucapan Perasmian

Program Ramah Mesra


Antara Mentee

Ucapan Guru Besar


Ice Breaking


Sesi penyerahan Mentee
Dalam program ini, ahli-ahli PRS telah diberi amanah untuk menjadi mentor kepada sebahagian daripada pelajar tahun 6 Sk Bangsar. Ahli-ahli PRS ini perlu sentiasa mengetahui perkembangan pembelajaran Mentee yang telah di amanahkan.

Sabtu, 23 Julai 2011

SESI LDK INTAKE JUN 2011

Pada 21 Jun 2011, sebahagian daripada ahli PRS yang mempunyai kredit yang mencukupi telah dipilih bagi mengendalikan satu slot LDK bagi pelajar-pelajar baharu IPG KBM Ambilan Jun 2011. Seramai  19 oarng ahli PRS telah dipilih sebagai fasilitator dan dibantu oleh para pensyarah unit Bimbingan dan Kaunseling IPG KBM telah berjaya mengendalikan slot ini bersama 210 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari kursus PPISMP,KPLD dan KPLI. 

Aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang. Para pelajar baharu terlebih dahulu diberi sedikit taklimat oleh Puan Aisyah dan Encik Hanif selaku kaunselor IPG KBM. Kemudian para pelajar dikehendaki menyanyikan beberapa lagu yang telah disediakan oleh unit kaunseling dalam slot itu.

Kemudian, para pelajar baharu dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tersebut mempunyai seorang fasilitator. Setiap kumpulan diberi masa untuk melakukan aktiviti "Rantai Nama" bagi memperkanalkan diri serta mengenali ahli kumpulan masing-masing.

Seterusnya, fasilitator telah memberikan tugasan kepada kumpulan tersebut dimana setiap ahli dalam kumpulan tersebut dikehendaki menyelesaikan permasalahan yang diberikan melalui sebuah sketsa. 
antara permasalahan yang perklu diselesaikan ialah, senario pendaftaran pelajar baharu, masalah kecurian, masalah rakan sebilik yang kerap tidak menghadiri kuliah dan sebagainya. Para pelajar baharu diberikan masa untuk berbincang dan kemudianya melakonkan situasi-situasi tersebut.

Selepas waktu rehat, aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Logo Diri'. Aktiviti ini dilakukan mengikut kelas masing-masing. Dalam aktiviti ini, setiap ahli kelas diminta memilih satu benda maujud sebagai logo diri yang boleh dilambangkan sebagai "Guru Sebagai Pendidik Terbilang". Setiap ahli kelas perlu memberi hujah mengapa logo tersebut dipilih dan logo-logo tersebut diperdebatkan antara sesama ahli kumpulan. kemudian logo terbaik dipilih sebagai logo yang melambangkan kelas tersebut.

Semasa sesi perbentangan logo tersebut, para pelajar baharu ini juga perlu membuat trademark bagi kumpulan masing-masing. Kemudian logo tersebut dibentangkan dan diperdebatkan antara kumpulan-kumpulan lain. 

Selesai semua aktiviti, terdapat beberapa pelajar yang memberi respon terhadap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Slot berakhir dengan aktiviti bersalaman antara semua kakitangan yang terlibat. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan lancar dan sangat menarik malah para pelajar baharu memberi kerjasama yang sangat menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan slot ini.

Jumaat, 10 Jun 2011

SELAMAT HARI LAHIR

Ikhlas buat Pensyarah Pembimbing PRS IPG KBM,
 En Mohd Hanif bin Hasyim

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati-Nya selalu

 Pembimbing Rakan Siswa IPG Kampus Bahasa Melayu

Rabu, 27 April 2011

~sedetik BersAma seriBu kenaNgan~



Tanggal 16 April 2011, Pembimbing Rakan Siswa IPG Kampus Bahasa Melayu  telah mengadakan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Pemantapan Ilmu.Bengkel bermula dengan aktiviti "ice breaking" yang dikendalikan oleh beberapa orang ahli PRS.
Ice Breaking



Kemudian, bengkel diteruskan dengan sesi yang dikendalikan oleh kaunselor pelatih iaitu  En. Zamri dan En. Nazri. mereka telah berkongsi ilmu berkaitan "Pemimpin Berkualiti"
Sesi "Pemimpin Berkualiti"

Setelah tamat bengkel, paa peserta diberi masa untuk menguruskan diri dan seterusnya bersama-sama menjalani aktiviti "Team Building" dimana setiap peserta perlu melibatkan diri mereka dalam persiapan majlis " Sedetik Bersama Seribu Kenangan"iaitu majlis sempena meraikan kedua-dua kaunselor pelatih yang telah tamat menjalankan latihan professional mereka di IPG KBM. . Kesemua peserta telah bersama-sama menyumbangkan tenaga serta idea-idea bagi menyelesaikan tugasan masing-masing. Terdapat beberapa kumpulan yang telah ditugaskan dengan tugasan masing-masing seperti membakar ayam, persiapan tempat serta persiapan-persiapan lain.
BBQ 

persiapan tempat

Pada sebelah malam, majlis bermula di Dewan Pak Sako dengan bacaan Ikrar PRS. Kemudian, majlis diteruskan dengan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh ahli-ahli PRS sendiri. Majlis kemudianya diteruskan dengan ucapan daripada tetamu yang dirai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Aisyah selaku Ketua Unit Kaunseling.
Bacaan Ikrar PRS

Pelancaran Blog PRS IPG KBM oleh ketua unit kaunseling, Puan Aisyah


 Jamuan makan malam seterusnya diadakan di dewan terbuka berhampiran Dewan Pak Sako. Selesai acara jamuan makan, diadakan pula majlis penyampaian cenderamata kepada tetamu yang diraikan. 


Jamuan makan


Bengkel Pemantapan Ilmu kemudianya berakhir dan sekali lagi peserta-peseta berganding bahu membersihkan kawasan dewan.

walaupun terdapat beberapa perkara yang masih belum sempurna, namun bengkel ini berjalan lancar atas usaha sama semua peserta. 

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami PRS baru belajar,
Salah dan silap harap betulkan.

PEMBIMBING RAKAN SISWA IPG KBM



Rabu, 30 Mac 2011

SELAMAT DATANG



SELAMAT  DATANG
KE   LAMAN  PEMBIMBING RAKAN   SISWA   IPG   KAMPUS BAHASA   MELAYU